Bissmillah…
Sebelum ini, kecoh di internet,
YouTube mengenai video bagaimana pengusaha restoran dan kedai makan di China melakukan
proses kitar semula minyak masak dengan memungut sisa dari pembentungan. Sangat
menjijikkan. Kemudian, di Malaysia pula pada awal bulan ini, kita dikejutkan
dengan berita penggunaan minyak masak terpakai atau kitar semula yang
didedahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia . Hal
ini disahkan lagi apabila Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) berjaya merampas hamper 40,000 kg minyak masak bernilai RM200,000
dalam satu serbuan di sebuah premis di Klang. Ada sindiket tertentu yang membeli minyak
masak terpakai dari restoran makanan segera dan kedai makan kemudian diproses
bagi menjernihkan minyak tersebut, dan dicampur dengan minyak baru sebanyak
20%. Minyak ini kemudian dipaketkan dan dijual kepada pengguna, iaitu saya,
keluarga saya, dan juga anda. Adakah selama ini kita menggunakan minyak
terpakai? Dari mana datang minyak terpakai itu? Bagaimana kalau minyak itu
dibeli dari kedai makanan yang tidak halal? Nauzubillah…
Bagi yang belum mengetahui, minyak terpakai
daripada restoran makanan segera atau kedai makan ini biasanya dibeli oleh pihak yang mempunyai lessen yang dikeluarkan
daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Lesen ini menyatakan penggunaan
minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel sahaja.
Proses penjernihan minyak masak terpakai ini
sangat senang. Malah, kita sendiri pun boleh melakukannya. Dengan hanya
memanaskan minyak masak terpakai yang kita semua maklum akan warnanya bersama
asam keping atau asam jawa selama beberapa minit sahaja, minyak ini akan
berubah kepada jernih. Asam keping atau asam jawa akan bertindak sebagai agen
bagi menjernihkan minyak terpakai ini dengan memendapkan larutan minyak tadi.
Proses penjernihan ini memang menampakkan minyak
tersebut jernih seperti minyak baru, tetapi ia tidak dapat mengeluarkan radikal
bebas yang terperangkap dalam minyak yang telah digunakan itu. Pusat Racun
Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh
menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. Ini
bukan terbatas kepada minyak masak yang dikitar semula oleh sendiket
sahaja,tetapi termasuk minyak masak yang kita gunakan dalam hidangan seharian.
Agak-agak la, berapa kerapkah minyak masak yang digunakan di restoran makanan
segera, kedai makan dan gerai-gerai menukar minyak masak yang mereka gunakan?
Menukarnya setiap kali ingin menggoreng? Menukarnya sekali sehari atau seminggu
sekali ataupun sebulan sekali? Hmmmm…
Jadi, apakah tindakan kita sebagai pengguna harus
lakukan? Bagi pendapat saya, kita mestilah sentiasa memastikan kita hanya
membeli minyak masak yang telah mendapat pengesahan dari SIRIM dan elakkan
daripada membeli minyak masak yang tidak diketahui pengeluarnya. Bagi
mengelakkan penggunaan minyak yang berulang kali pula, elakkan membeli makanan
dari luar, seperti makanan segera dan makanan bergoreng seperti pisang goreng.
Lebih bagus kalau kita memasaknya sendiri di rumah. Bukankah air tangan seorang
isteri / ibu itu lagi memikat dan dapat mengeratkan hubungan sebuah intitusi
kekeluargaan?
Sumber : Utusan Malaysia , Berita Harian.
Ok, satu lagi cara untuk mengelak daripada menggunakan
minyak terpakai ini ialah, gunalah minyak zaitun..hehehehhe. Nantikan kupasan
kehebatan minyak zaitun di ‘entri’ akan datang.