Search This Blog

Minyak Masak Kitar Semula

Bissmillah…

Sebelum ini, kecoh di internet, YouTube mengenai video bagaimana pengusaha restoran dan kedai makan di China melakukan proses kitar semula minyak masak dengan memungut sisa dari pembentungan. Sangat menjijikkan. Kemudian, di Malaysia pula pada awal bulan ini, kita dikejutkan dengan berita penggunaan minyak masak terpakai atau kitar semula yang didedahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Hal ini disahkan lagi apabila Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya merampas hamper 40,000 kg minyak masak bernilai RM200,000 dalam satu serbuan di sebuah premis di Klang. Ada sindiket tertentu yang membeli minyak masak terpakai dari restoran makanan segera dan kedai makan kemudian diproses bagi menjernihkan minyak tersebut, dan dicampur dengan minyak baru sebanyak 20%. Minyak ini kemudian dipaketkan dan dijual kepada pengguna, iaitu saya, keluarga saya, dan juga anda. Adakah selama ini kita menggunakan minyak terpakai? Dari mana datang minyak terpakai itu? Bagaimana kalau minyak itu dibeli dari kedai makanan yang tidak halal? Nauzubillah…

Bagi yang belum mengetahui, minyak terpakai daripada restoran makanan segera atau kedai makan ini biasanya dibeli oleh  pihak yang mempunyai lessen yang dikeluarkan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Lesen ini menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel sahaja.

Proses penjernihan minyak masak terpakai ini sangat senang. Malah, kita sendiri pun boleh melakukannya. Dengan hanya memanaskan minyak masak terpakai yang kita semua maklum akan warnanya bersama asam keping atau asam jawa selama beberapa minit sahaja, minyak ini akan berubah kepada jernih. Asam keping atau asam jawa akan bertindak sebagai agen bagi menjernihkan minyak terpakai ini dengan memendapkan larutan minyak tadi.

Proses penjernihan ini memang menampakkan minyak tersebut jernih seperti minyak baru, tetapi ia tidak dapat mengeluarkan radikal bebas yang terperangkap dalam minyak yang telah digunakan itu. Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. Ini bukan terbatas kepada minyak masak yang dikitar semula oleh sendiket sahaja,tetapi termasuk minyak masak yang kita gunakan dalam hidangan seharian. Agak-agak la, berapa kerapkah minyak masak yang digunakan di restoran makanan segera, kedai makan dan gerai-gerai menukar minyak masak yang mereka gunakan? Menukarnya setiap kali ingin menggoreng? Menukarnya sekali sehari atau seminggu sekali ataupun sebulan sekali? Hmmmm…

Jadi, apakah tindakan kita sebagai pengguna harus lakukan? Bagi pendapat saya, kita mestilah sentiasa memastikan kita hanya membeli minyak masak yang telah mendapat pengesahan dari SIRIM dan elakkan daripada membeli minyak masak yang tidak diketahui pengeluarnya. Bagi mengelakkan penggunaan minyak yang berulang kali pula, elakkan membeli makanan dari luar, seperti makanan segera dan makanan bergoreng seperti pisang goreng. Lebih bagus kalau kita memasaknya sendiri di rumah. Bukankah air tangan seorang isteri / ibu itu lagi memikat dan dapat mengeratkan hubungan sebuah intitusi kekeluargaan?

Sumber : Utusan Malaysia, Berita Harian.

Ok, satu lagi cara untuk mengelak daripada menggunakan minyak terpakai ini ialah, gunalah minyak zaitun..hehehehhe. Nantikan kupasan kehebatan minyak zaitun di ‘entri’ akan datang.





Minyak Zaitun


Extra Virgin Olive Oil Cold First Press
RM35

500 ml
pos RM10 (skynet)
RM15 sabah sarawak


Untuk tempahan :
Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
Sms / whats app : 60183709137


Set Kehamilan



Harga : RM133 (SM) RM147 (SS) (Termasuk Kos Penghantaran)

Untuk tempahan :

Email : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
Sms / whats app : 60183709137

Set Berpantang


Mengandungi :

1. Madu AlShifa (500 gram) 
2. Kapsul Habbatussauda (60 biji)
3. Pati Delima Ya Mal Alsham (250 ml)

Harga : RM96 (termasuk pos seluruh Malaysia)

Untuk tempahan :
Emailkan : norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com.my
Sms/Whats App : 60183709137

Terma & Syarat Pembelian

Cara-Cara Pembelian

1. Sebelum pembelian, sila pastikan dengan pihak kami tentang stok terlebih dahulu melalui cara email / sms / whats app kepada kami.

2. Sekiranya stok sedia ada, sila lakukan pembayaran kepada :

Maybank : 162143015975 (Norzulsuriatey Yahaya)
CIMB : 12150066561520 (Norzulsuriatey Yahaya)

3. Emailkan / smskan resit pembelian ke norzulsuriatey.yahaya@yahoo.com atau 60183709137

4. Sila maklumkan maklumat pembeli kepada pihak kami melalui email / sms.

5. Pihak kami akan menggunakan khidmat penghantaran dari Skynet / Gdex / Poslaju mengikut keadaan lokasi pembeli.

6. Penghantaran adalah setiap hari kecuali hari Jumaat.

7. Setiap pesanan yang dibayar pada selepas pukul 2 petang, akan diproses keesokan hari.

8. Barangan akan sampai dalam masa 1 - 5 hari tempoh bekerja

9. Sekiranya ada sebarang kerosakan semasa penghantaran, pihak kami tidak akan bertanggungjawab tetapi sekiranya berlaku pertukaran pesanan, pihak kami akan bertanggungjawab sepenuhnya

10. Sekiranya ada sebarang kemusykilan, sila email / sms kepada pihak kami

SELAMAT MEMBELI-BELAH DI SUNNAH MALL ONLINE ANDA!!

Jus Kurma


harga : RM35